Thursday, 14 July 2011

momoMUNCET?

As salam semua. momo nak cerita ape ye kali ni? Hmm~ Bosannya! Hah! Kali ni momo nak cerita tentang momo la. momoMUNCET? nape momo? nape MUNCET? Sebenarnya momo saja ja pakai nama ni. Takde kerja. Haha. Nama ni sebenarnya momo dapat masa momo kerja di kilang bernama URC Food Sdn. Bhd.. Kalau kamu semua lihat dipembungkus NIPS ada alamat kilang ni. Haha. Masa momo kerja kilang ni, momo kerja sebagai operater spray coklat kat kacang yang baru sahaja dimasak. Betul, kacang NIPS tu ada coklat sebab momo la. Haha :D. Dalam kilang ni la momo guna nama MUNCET. Kenape ye? Sebab tabiat momo kerja dalam kilang tu adalah kerja sambil makan. Siap spray coklat momo masuk mulut sikit. Rehat? Makan lagi. So momo jadi BUNCIT la. Kawan-kawan momo dalam kilang tu ada yang panggil momo ni BUNCIT. Tapi tak sedap la orang panggil kite BUNCIT kan? So momo tukar BUNCIT jadi MUNCET. Sedap sikit mendengarnya. Haha. Nama momo ni pula momo amik dari nama character dalam anime Prince of Tenis iaitu Momoshiro. Peniru nama? Tak pun bagi momo. :p Character ni jenis berusaha bersungguh-sungguh. Tapi momo ni pemalas. Haha. Kalau momo amik nama Momoshiro ni panjang sangat nak gabungkan dengan MUNCET. So momo potong Momoshiro and amik momo ja lah. Ni la macam mana momo dapat nama momoMUNCET. Hee~ Now semua dah tahu macam mana  momo dapat nama ni. momo ni muka ja ganas, tapi dalam hati taman bunga. Ganas? Taman bunga? Ye, betul la. Haha.  momo harap cerita momo ni tak membosankan kamu semua. :) Tu ja momo nak berkongsi kali ni. Terima kasih kerana membaca ye! :)

No comments:

Post a Comment